SAHABAT..
masihkah kau ingat waktu kita mula bertemu?
kita malu-malu untuk berbicara
malu untuk berhadapan antara satu sama lain
padahal kita berada di dalam satu kapal
di dalam satu kelas yang sama
SAHABAT..
masihkah kau ingat saat kita mula bersua?
kita malu untuk berbincang
padahal itu semua adalah tugasan yang perlu kita laksanakan
kita cuba juga tuk bersama
bersama untuk mencapai tujuan yang sama
SAHABAT..
masihkah kau ingat saat kau perlukan aku?
kau minta untuk belajar bersama
kau minta untuk keluar bersama
kau minta aku menjadi penemanmu di kala kau kesunyian
tapi SAHABAT ku..
di manakah dikau di saat aku perlukanmu?
kemana dikau menghilang dikala aku bersendirian?
dimana kau berada dikala aku kesedihan?
disaat aku perlukan kau dalam hidup ini?
SAHABAT..
kadang-kadang hati ini terlalu sakit untuk di pendam
kadang-kadang hati ini terlalu sedih pabila memikirkan tentang dirimu
tapi aku tetap cuba untuk bertahan
aku cuba untuk pendam janji ku dulu
walau kadang-kadang sakitnya hanya TUHAN saja yang tahu
demi mu SAHABAT..
aku redha dengan apa yang kau telah lakukan pada diriku ini
aku terima kau seadanya
walaupun kadang aku sedar
bahawa kau memeng seorang SAHABAT
yang hadir dikala kau kesusahan
yang hadir dikala aku diperlukan
SAHABAT..
andai hari ini hari yang terakhir untuk kita
aku mohon beribu kemaafan kepadamu
kerna aku tahu
aku bukanlah seorang SAHABAT yang sempurna dalam hidupmu
kerna aku bukanlah seorang KAWAN yang boleh menjadi SAHABAT untukmu
SAHABAT..
janganlah kau risaukan diriku yang hina ini
aku yang hanya menjadi tempat persinggahanmu
aku sedar akan kerdilnya diriku ini
aku tak layak untuk berterusan denganmu
kerna aku hanyalah KAWAN...
No comments:
Post a Comment